Fox Marketing bantu Skuad Bolasepak Orang Buta Malaysia

Khairul Nizam Khairul Nizam

Nasib Harimau Buta terbela.

Kesusahan pasukan Bolasepak Orang Buta Malaysia nampaknya telah menarik perhatian ramai pihak yang berminat untuk membantu mereka. Selepas pendedahan mengenai kesukaran mereka untuk cuba melayakkan diri ke Sukan Paralimpik Tokyo 2020, akhirnya ada pihak yang menghulurkan bantuan.

Pengarah Urusan Fox Marketing Sendirian Berhad, Datuk Seri Megat D. Shariman Zaharudin adalah antara insan yang tampil bagi membantu pasukan bolasepak negara untuk merealisasikan impian mereka ke Tokyo 2020.

“Fox Marketing akan memberi tajaan kepada Pasukan Bolasepak Orang Buta Malaysia bagi persiapan mereka menghadapi beberapa kejohanan besar seperti Sukan Paralimpik Tokyo 2020 yang akan diadakan di Bangkok, Thailand pada September nanti dan Sukan Para Asean di Manila pada Januari tahun hadapan.

“Penajaan kami adalah berbentuk baju latihan, peralatan latihan dan pakaian rasmi ke kejohanan berjumlah RM5,000. Ini merupakan inisiatif kami untuk membantu mereka. Kami harap dengan tajaan ini, mereka akan lebih bersemangat untuk menghadapi kejohanan dan mengharumkan nama negara.”

Sebelum ini Fox Marketing juga telah menandatangani tiga orang atlet Para negara iaitu Mohamad Afiq Ali Hanafiah, Mohamad Ashraf Haisham dan Ahmad Solihim sebagai duta rasmi mereka.

 

Comments