Afiq Ali Hanafiah hadiahkan pingat emas buat Malaysia di Dubai

Khairul Nizam Khairul Nizam

Satu emas dan satu perak.

Hari kedua Kejohanan Fazza Grand Prix Olahraga Para Antarabangsa Dunia yang berlangsung di Dubai, Emiriah Arab Bersatu memberikan sinaran emas pertama buat Malaysia.

Pelari pecut negara, Muhamad Afiq Mohamad Ali Hanafiah menghadiahkan pingat emas pertama negara apabila memenangi acara 100 Meter T11/12. Afiq mencatatkan masa larian 11.48 saat, menewaskan pelari Jepun, Shunya Yamaji (11.63 saat) dan pelari Portugal, Luis Goncalves (11.73 saat).

Seorang lagi wakil negara, Ahmad Solihim Mohd Nor pula berjaya memenangi pingat perak dalam acara 100 Meter T46. Solihim yang mencatatkan masa larian 11.88 saat tewas kepada pelari Lithuania, Danas Sodaitis yang mencatat masa larian 11.52 saat. Pingat gangsa dimenangi atlet Iraq, Karrar Al Duhaimi dengan masa larian 12.05 saat.

Esok, seorang lagi atlet negara, Muhamad Ashraf Muhammad Haisham pula akan beraksi dalam acara 1500 Meter T46.

Comments