Majlis Paralimpik Malaysia lancarkan program ‘Tambah Emas’ untuk misi Tokyo 2020

Khairul Nizam Khairul Nizam

Kami mahu lebih emas.

Mungkin itu yang menjadi hasrat Majlis Paralimpik menjelang Sukan Paralimpik yang akan berlangsung di Tokyo pada tahun 2020 nanti.

Bagi menunaikan hasrat itu, MPM telah melancarkan satu platform ‘crowdfunding’ yang dipanggil ‘Tambah Emas” bagi mencari dana untuk membantu atlit para negara mencapai misi mereka beraksi di Tokyo 2020.

Platform tersebut telah dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman dalam satu majlis sempena sambutan Hari Insan Kelainan Upaya Antarabangsa yang berlangsung di Pusat Kecemerlangan Paralimpik di Kampung Pandan.

Dalam ucapannya, Syed Saddiq menyatakan bahawa sukan dan atlit Para sememangnya memerlukan sumbangan dan kerjasama semua pihak bagi mencapai pihak tertinggi dan dengan platform ini, rakyat Malaysia dapat membantu atlit-atlit negara.

Bagi menderma, anda boleh memuatnaik aplikasi boost dan memilih untuk menderma kepada Majlis Paralimpik Malaysia.

Pada tahun 2016, Malaysia telah berjaya merangkul tiga pingat emas di Sukan Paralimpik Rio de Janeiro menerusi Ridzuan Puzi (100 Meter), Abdul Latif Romly (Lompat Jauh) dan Ziyad Zolkefli (Lontar peluru).

 

Comments