#KamiLuarBiasa: Atlit Para negara cipta kejayaan di Paris

Khairul Nizam Khairul Nizam

Membanggakan.

Itulah yang boleh dikatakan mengenai pencapaian atlit Para Malaysia yang menyertai Kejohanan Terbuka Handisport Paris 2019.

Paling mencuri tumpuan adalah atlit acara Lompat Jauh T11/12, Jonathan Wong Kar Gee yang telah mencatat jarak lompatan terbaik dalam acaranya. Jonathan berjaya mencatat jarak lompatan sejauh 7.03 meter, terbaik daripada lima peserta yang menyertai acara tersebut pada hari Sabtu di Paris.

Selain itu, turut mencatat keputusan yang baik adalah pelari jarak jauh negara, Muhamad Ashraf Haisham, yang menduduki tempat ketiga dalam acara 1500 meter T46 dengan catatan masa, 4.24.51 saat pada hari Jumaat lalu.

Seramai lima orang atlit Para negara telah menyertai kejohanan tersebut bagi merebut slot ke Kejohanan Dunia di Dubai pada bulan November dan juga mengumpul mata bagi melayakkan diri ke Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Selain Jonathan dan Ashraf, atlit negara yang turut serta ke kejohanan tersebut adalah Ahmad Solihim Md Noor (100 Meter T46/47), Mohamad Faizal Aideal (100 Meter T11/12) dan Eddy Bernard (Lompat Jauh T42-47).

 

Kredit foto: Strike_for_excellence

Comments