LIVE: Piala Cabaran 2019 – Kuala Lumpur vs Selangor United

Amin Zulkarnain Amin Zulkarnain

Perlawanan Piala Cabaran edisi 2019 untuk CC2 pada pertengahan minggu ini akan menyaksikan dua perlawanan akan disiarkan secara langsung oleh FOX Sports Malaysia menerusi MyCujoo. Salah satu daripada dua perlawanan tersebut akan berlangsung pada malam ini iaitu perlawanan antara pasukan Kuala Lumpur menentang pasukan Selangor United.

Kedudukan semasa kedua-dua pasukan dalam carta Kumpulan B Piala Cabaran ketika ini menyaksikan pasukan Kuala Lumpur dan pasukan Selangor United masing-masing menduduki tangga ketiga dan keempat tanpa mengutip sebarang mata.

Ini merupakan pertemuan pertama antara kedua-dua pasukan pada musim ini.

Kedua-dua pasukan mengalami kekalahan di halaman lawan dalam CC1 pada 6 Ogos yang lalu; pasukan Kuala Lumpur tewas 2-1 kepada pasukan Terengganu II di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, sementara pasukan Selangor United pula tewas 3-1 kepada UKM FC di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur.

Pasukan manakah yang akan meraih tiga mata pertama mereka di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur pada malam ini, pasukan Kuala Lumpur atau pasukan Selangor United?

Ayuh saksikan siaran langsung perlawanan ini yang dibawakan khas oleh FOX Sports Malaysia dan MyCujoo. Klik pautan di bawah:

Comments