LIVE: Piala Cabaran 2019 – Kelantan vs JDT II

Amin Zulkarnain Amin Zulkarnain

Perlawanan Piala Cabaran edisi 2019 untuk CC2 pada pertengahan minggu ini akan menyaksikan dua perlawanan akan disiarkan secara langsung oleh FOX Sports Malaysia menerusi MyCujoo. Salah satu daripada dua perlawanan tersebut akan berlangsung pada malam ini iaitu perlawanan antara pasukan Kelantan menentang pasukan Johor II.

Kedudukan semasa kedua-dua pasukan dalam carta Kumpulan A Piala Cabaran ketika ini selepas tamat hari perlawanan pertama menyaksikan pasukan Johor II berada di tangga teratas dengan kutipan tiga mata, sementara pasukan Kelantan pula masih belum mengutip mata kerana tidak beraksi pada hari tersebut.

Ini merupakan pertemuan yang ketiga antara kedua-dua pasukan pada musim ini selepas mereka bertemu sebanyak dua kali dalam saingan Liga Premier Malaysia, di mana pasukan Johor II menewaskan pasukan Kelantan 2-0 di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang pada 2 Mac sebelum kedua-dua pasukan terikat 1-1 di Stadium Sultan Muhammad IV pada 18 Jun yang lalu.

Hanya pasukan Johor II sahaja yang beraksi dalam CC1 pada 5 Ogos yang lalu apabila mereka mencatatkan kemenangan 3-1 di halaman sendiri menentang satu lagi pasukan dalam Kumpulan A iaitu pasukan Sarawak.

Adakah pasukan Johor II akan berjaya mengekalkan rekod 100% mereka setakat ini atau pasukan Kelantan akan memulakan kempen Piala Cabaran mereka dengan tiga mata penuh di halaman sendiri?

Ayuh saksikan siaran langsung perlawanan ini yang dibawakan khas oleh FOX Sports Malaysia dan MyCujoo. Klik pautan di bawah:-

Comments