Giliran Saifuddin Ishak hadiahkan pingat buat Malaysia di Dubai

Atlet Olahraga Para Malaysia nampaknya terus cemerlang untuk Malaysia dalam Kejohanan Grand Prix Fazza Olahraga Para Antarabangsa 2019 yang berlangsung di Dubai, Emiriah Arab Bersatu.

Selepas Malaysia mengumpul tiga pingat setakat semalam, atlet lompat jauh negara, Mohamad Saifuddin Ishak berjaya merangkul pingat gangsa bagi kategori T12.

Saifuddin mencatatkan jarak lompatan sejauh 6.00 meter untuk berada di tempat ketiga. Atlet Belarus, Siarhei Burdukou merangkul pingat emas selepas mencatat jarak lompatan sejauh 7.02 meter, sementara atlet dari Sweden, Tobias Jonsson merangkul pingat perak dengan jarak lompatan 6.48 meter.

Sebelum ini kontinjen Malaysia telah merangkul pingat emas dalam acara 100 meter T12 menerusi Afiq Ali Hanafiah, pingat perak dalam acara 100 meter T46 menerusi Ahmad Solihim Mohd Nor dan satu lagi pingat gangsa bagi acara lontar peluru F37 menerusi Umi Syuhadah Idris.

 

Kredit foto: MISIM

Comments