Bonnie Bunyau Gustin rangkul pingat emas di Kejohanan Angkat Berat Para Dunia

Luar biasa!

Atlit angkat berat Para negara,Bonnie Bunyau Gustin berjaya mencuri perhatian di Fazza World Para Powerlifting World Cup yang berlangsung di Dubai,Emiriah Arab Bersatu.

Bonnie Bunyau yang berusia 19 tahun itu telah merangkul satu pingat emas dan satu pingat perak dalam kejohanan edisi ke-10 itu.

Atlet yang berasal dari Sarawak itu merangkul pingat emas dalam kategori Junior (65kg) selepas mencatat angkatan seberat 190 kg menewaskan Heleno Hector Silva (Brazil) dan Beom Jo Seo (Korea Selatan). Pingat Perak pula dimenangi oleh Bonnie bagi kategori senior (65kg) juga dengan rekod angkatan seberat 190 kg. Atlet dari Algeria, Hocine Betir memenangi pingat emas dengan rekod angkatan seberat 191 kg.

Dengan kejayaan ini, ianya pasti akan menyemarakkan semangat Bonnie yang mensasarkan untuk bertanding di Sukan Paralimpik Tokyo pada tahun hadapan.

Comments