#KamiLuarBiasa: Ridzuan Puzi rangkul gangsa, James Turner pecahkan rekod dunia

Khairul Nizam Khairul Nizam

Nampaknya kilauan pingat emas belum menunjukkan dirinya buat kontinjen negara di Kejohanan Para Olahraga Dunia di Dubai.

Atlit pecut negara, Ridzuan Puzi membawa pulang pingat gangsa dalam acara 100 Meter T36 yang berlangsung pada malam tadi dengan catatan masa 11.97 saat.

Pingat emas dimenangi oleh pelari Australia James Turner yang juga mencipta rekod dunia baru dengan catatan masa 11.72 saat, mengatasi rekod dunia yang dipegang Ridzuan ketika beraksi di Jakarta. Turner berjaya memintas pelari China, Yang Yifei yang memenangi pingat perak dan memecahkan rekod Asia dengan catatan masa 11.79 saat. Ridzuan Puzi sebelum ini mencipta rekod dunia dengan catatan masa 11.87 saat.

Setakat ini, Malaysia sudah memenangi tiga pingat dalam kejohanan ini menerusi Jonathan Wong Kar Gee dan Ziyad Zolkefli yang merangkul pingat perak. Biarpun begitu, Ridzuan Puzi masih mempunyai satu lagi acara iaitu 400 meter T36 yang akan berlangsung pada 13 November nanti.

Comments