MotoGP: Brad Binder Sah Sertai KTM Tech3 Musim Hadapan

Pasukan MotoGP dari Perancis, Red Bull KTM Tech 3 pada hari ini mengesahkanpelumba Moto 2, Brad Binder (KTM Red Bull Ajo) bakal menyertai mereka dalam saingan kelas premier pada musim 2020.

Pengumuman tersebut sekaligus menyaksikan Binder bakal bergandingan dengan rakan sepasukan Hafizh Syahrin musim ini, Miguel Oliveira di garaj pasukan Tech 3 selepas mereka turut melanjutkan kontrak Oliveira pada bulan Mei yang lalu.

 

Perkembangan ini sekaligus terus menimbulkan tanda tanya berhubung masa depan pelumba dari Malaysia, Hafizh Syahrin yang hanya mempunyai baki kontrak sehingga penghujung musim ini sahaja bersama pasukan tersebut.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, pengurus pasukan Tech 3, Herve Poncharral mengakui beliau sudah mengikuti perkembangan pelumba tersebut sejak dari Binder beraksi dalam saingan Red Bull Rookies Cup dan Moto 3 lagi.

“Untuk melihat kembali gabungan Oliveira dan Binder bersama kami pada musim hadapan menunjukkan perkembangan yang dilakukan oleh KTM berjalan dengan sangat lancar.

” Ianya akan menjadi pasukan yang sangat kuat pada musim hadapan memandangkan hubungan yang dimiliki mereka berdua.

“Secara jujurnya saya tidak boleh mengimpikan struktur yang lebih baik daripada ini” ujar beliau.

Untuk rekod, Miguel Oliveira dan Brad Binder adalah merupakan rakan sepasukan untuk dua musim berturut-turut pada 2017 dan 2018 dalam saingan Moto 2.

 

 

Comments