Zarco ke LCR Honda?

Portal AUTOSPORT pada semalam melaporkan Johann Zarco mungkin mengambil alih tempat Takaaki Nakagami di garaj LCR Honda untuk baki saingan musim ini.

Laporan tersebut memberitahu punca kepada penggantian itu adalah kerana Nakagami mengalami kecederaan yang hampir sama dialami Marc Marquez pada musim lalu dan perlu menjalani pembedahan.

Menyedari tempoh pemulihan yang agak lama diperlukan, pelumba Jepun itu memutuskan untuk menjalani pembedahan sejurus selepas perlumbaan di negaranya pada minggu hadapan.

Hal ini adalah bagi memastikan dia dapat menyiapkan dirinya untuk saingan musim hadapan sekiranya pembedahan berlaku lebih awal.

Ketiadaan Nakagami untuk tiga perlumbaan terakhir pada musim ini akan digantikan dengan Johann Zarco yang kini tidak mewakili mana-mana pasukan.

Zarco yang sebelum ini mengumumkan pengunduran awal dari KTM kemudiannya digantikan dengan pelumba ujian Mika Kallio di garaj KTM Factory Racing.

LCR dan Honda bagaimanapun setakat ini masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara tersebut.

Comments