MotoGP bakal kembali ke kota Rio

Ibu kota Brazil, Rio de Janeiro pada semalam diumumkan sebagai destinasi terbaru dalam kalendar saingan MotoGP.

Negara tersebut bagaimanapun hanya akan mula menganjurkan perlumbaan bermula 2022 selepas litar yang sedang dibina di kawasan Deodoro itu siap.

Penganjur MotoGP, Dorna pada semalam mengumumkan bandar itu akan menganjurkan perlumbaan selama lima tahun bermula 2022 sehingga 2026.

Sebelum ini, Rio juga pernah menjadi sebahagian daripada destinasi tetap untuk perlumbaan grand prix sehingga tahun 2004 di Jacarepagua.

Perlumbaan yang bakal diadakan nanti bagaimanapun akan berlangsung di litar serba baru yang menggantikan litar lama itu dan bakal dikenali sebagai Rio Motorpark.

Litar sepanjang 4.5 kilometer itu dijangka siap pada 2021 dengan tujuh selekoh kiri dan enam selekoh kanan.

Menurut maklumat yang dibekalkan Dorna, jentera MotoGP dijangka akan mengambil masa 1 minit 38 saat untuk menamatkan satu pusingan di litar tersebut.

Comments