Herve Poncharal Risaukan Hafizh Syahrin

Pengurus pasukan Red Bull KTM Tech3, Herve Poncharal ternyata risau dengan perkembangan yang dilalui oleh pelumba dari Malaysia, Hafizh Syahrin sekembalinya dari rehat musim panas.

Perkara tersebut dinyatakan beliau selepas pelumba berusia 25 tahun itu sekali lagi gagal menamatkan perlumbaan dalam saingan Grand Prix Austria pada Ahad lepas.

Untuk rekod, ini adalah kali kedua berturut-turut Hafizh gagal menamatkan perlumbaan dalam saingan musim ini selepas turut mencatatkan ‘DNF’ dalam perlumbaan minggu lalu di Brno, Republik Czech.

‘Sejak kembalinya dari rehat musim panas, Hafiz dilihat sedikit gugup dan gementar.

“Dia juga mungkin mencuba untuk melakukan lebih dari kemampuannya.

“Kami mungkin perlu duduk dan berbincang mengenai perkara ini bersama dan menasihatkan Hafizh untuk lebih mengutamakan keselamatan dirinya sendiri dan cuba untuk menamatkan perlumbaan.

Herve pada masa turut menegaskan bahawa Hafizh mempunyai peluang yang sangat cerah untuk meraih mata seandainya beliau berjaya menamatkan perlumbaan pada semalam (Ahad).

Mengulas lanjut mengenai kecederaan yang dialami Hafizh selepas insiden dalam perlumbaan di Grand Prix Austria, Herve memberitahu Hafizh mengalami kecederaan konkusi kepala dan terpaksa dikejarkan ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Foto: Red Bull KTM Tech3 (@Tech3Racing)

 

Comments