Pahang muktamadkan 5 pemain import untuk saingan Liga Malaysia 2020

Hafizuddin Omar Hafizuddin Omar

Naib juara Liga Super Malaysia 2019, Pahang nampaknya telah memuktamadkan lima pemain import bagi menguatkan pasukan untuk mengharungi saingan Liga Malaysia 2020.

Sebelum ini skuad Tok Gajah melepaskan tiga pemain importnya iaitu Saddil Ramdani (Indonesia), Safuwan Baharudin (Singapura) dan Lazarus Kaimbi (Namibia) sejurus tamatnya kempen Piala Malaysia musim lalu.

Hanya pertahanan tengah dari Perancis, Herold Goulon yang dikekalkan dan dilanjutkan kontrak selama dua tahun sehingga musim 2021. Dan antara pemain import terawal disambar oleh Pahang ialah Adam Michael Reed, seorang pemain tengah kacukan England-Filipina untuk mengisi kuota pemain import ASEAN.

View this post on Instagram

CHAMPIONS OF ASIA 2019🥇

A post shared by ʞʞ (@khalilkhamis) on

Tidak lama kemudian, skuad kendalian Dollah Salleh mendapatkan penyerang berusia 30 tahun dari Brazil sebelum bertindak merekrut pemenang Piala AFC 2019 bersama Al Ahed FC, Khalil Khamis yang juga merupakan pertahanan skuad kebangsaan Lubnan.

Terbaharu, The Star melaporkan Pahang telah berjaya mengekalkan penyerang utamanya musim lalu yakni Dickson Nwakaeme setelah melalui beberapa proses rundingan sejak awal januari lalu sekaligus melengkapkan lima pemain import untuk musim 2020.

Selain daripada pemain lima pemain import, Pahang turut menandatangani pemain tempatan seperti R. Gopinathan dan penjaga gol, Sharbinee Allawee selain daripada mendapatkan pertahanan kiri, Fazly Mazlan dan penyerang muda, S. Kumaahran secara pinjaman daripada Johor Darul Ta’zim (JDT).

Kesemua ini pemain ini bakal menjadi taruhan Dollah Salleh dalam kesebelasan utama bersama-sama Nor Azam Azih, Mohamadou Sumareh, Muslim Ahmad dan beberapa pemain tempatan lain untuk menempuh perlawanan pertama Liga Super 2020, menentang Selangor di Kuantan pada 29 februari kelak.

Foto: Pahang FA

Comments