Van Hau terlepas pesawat, persiapan Vietnam sedikit terganggu

Doan Van Hau Borussia
Khairul Nizam Khairul Nizam

Nampaknya persiapan Vietnam menjelang perlawanan berdepan Malaysia pada hari Khamis ini sedikit terganggu.

Pemain bek Vietnam, Doan Van Hau dalam laman Instagram peribadinya dilihat menyatakan dia terlepas penerbangan daripada Russia ke Vietnam dan perlu bermalam di lapangan terbang untuk mendapatkan penerbangan yang seterusnya.

Van Hau berada dalam skuad Heerenveen dalam perlawanan Liga Belanda menentang PEC Zwolle di mana Heerenveen berjaya mencatat kemenangan 1-0. Walaubagaimanapun Van Hau tidak diturunkan dalam perlawanan tersebut dan hanya berada di bangku simpanan sepanjang perlawanan.

Van Hau pada mulanya dijadualkan tiba pada 7 Oktober, mungkin hanya akan dapat menjalani latihan bersama pasukan sehari sebelum perlawanan kerana hanya akan dapat tiba ke Vietnam pada hari ini.

Dalam dua perlawanan Vietnam berdepan Malaysia di perlawanan akhir Piala AFF Suzuki pada tahun lalu, Doan Van Hau adalah antara pemain utama dalam skuad Vietnam yang muncul juara Piala AFF Suzuki selepas menewaskan Malaysia 3-2 secara agregat.

Ekoran prestasi baik bersama Vietnam dan Hanoi FC, kelab Liga Belanda, SC Heerenveen telah membuat keputusan untuk mendapatkan pemain berusia 20 tahun itu secara pinjaman. Setakat ini Van Hau masih belum membuat sebarang penampilan bersama pasukan utama Heerenveen tetapi sudah beraksi dua kali bersama pasukan muda kelab berkenaan, Jong SC Heerenveen.

 

 

Comments