Kita perlu lebih daripada 21,000 orang penyokong di Bukit Jalil malam ini!

Khairul Nizam Khairul Nizam

Mungkin kerana hari berkerja atau mungkin sebab jerebu.

Tetapi jualan tiket perlawanan Malaysia bertemu Emiriah Arab Bersatu (UAE) belum boleh dikatakan membanggakan.

Selepas kemenangan Harimau Malaya ke atas Indonesia pada 5 September yang lalu, pasti kita menjangkakan ‘Ekor’ Harimau Malaya akan memenuhi Stadium Nasional Bukit Jalil pada malam ini. Tetapi jangkaan itu ternyata meleset kerana menurut angka yang diberikan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), baru 21,000 tiket yang berjaya dijual.

Adakah mungkin ramai penyokong Malaysia sebenarnya sedang menunggu untuk jualan di kaunter pada hari ini bermula pada pukul 2 petang nanti? Jika ya, mereka boleh mendapatkannya di Pintu A, B, C dan D. Bagi penyokong UAE pula tiket boleh didapati di kaunter yang terletak di Pintu E.

Jika kita berjaya mendapatkan sekurang-kurangnya 50,000 penyokong untuk memenuhi Stadium Nasional Bukit Jalil pada malam ini, pastinya ia akan memberikan motivasi tambahan kepada anak buah Tan Cheng Hoe untuk cuba membuat kejutan ke atas UAE.

Ayuh penyokong Malaysia, mari kita gegarkan Bukit Jalil dan berikan sokongan padu kepada Harimau Malaya!

Comments