Cheng Hoe mahu barisan serangan manfaatkan peluang terhidang

Khairul Nizam Khairul Nizam

Manfaatkan setiap peluang yang ada.

Itulah pesanan ketua jurulatih negara, Tan Cheng Hoe kepada barisan serangannya menjelang perlawanan bertemu Emiriah Arab Bersatu (UAE) bagi peringkat kumpulan pusingan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada hari Selasa nanti.

Menurut Cheng Hoe, dia tahu bahawa perlawanan berdepan UAE akan menjadi satu perlawanan yang berbeza berbanding ketika berdepan Indonesia dalam perlawanan pertama mereka.

“Masa lawan Indonesia, kita cipta banyak peluang pada babak kedua tetapi tidak dapat menjaringkan gol.

“Berdepan UAE kali ini, mungkin kita sukar mencipta banyak peluang jadi jentera serangan perlu memanfaatkan peluang yang diperoleh sebaik mungkin.

“Selain itu, pertahanan juga perlu tingkatkan prestasi kerana dalam beberapa perlawanan sebelum ini kita banyak melepaskan gol awal dan perkara itu tidak boleh terus berulang,” kata Cheng Hoe seperti dilaporkan Utusan Malaysia.

Malaysia akan berdepan UAE pada hari Selasa nanti di Stadium Nasional Bukit Jalil. Skuad Tan Cheng Hoe menduduki tangga teratas Kumpulan G setakat ini hasil kemenangan ke atas Indonesia.

 

Kredit foto: FAM

 

Comments