Reaksi peminat cilik terhadap jaringan Sumareh curi tumpuan

Khairul Nizam Khairul Nizam

Jumaat yang cukup manis buat penyokong Malaysia. Kemenangan berharga dan hadir di minit-minit terakhir ke atas seteru kuat pastinya tidak akan mudah dilupakan oleh penyokong Malaysia.

Jaringan Mohamadou Sumareh pada minit ke-97 membuatkan seluruh negara bersorak gembira dan pelbagai reaksi dapat dilihat terutamanya di media sosial ketika Sumareh menolak masuk bola itu menewaskan penjaga gol Indonesia, Andritany Ardhiyasa.

Tetapi antara semua, paling comel sekali adalah reaksi seorang penyokong cilik yang nampak begitu gembira dengan kemenangan Harimau Malaya di Gelora Bung Karno.

Seorang pengguna Twitter dengan nama @jeprijalohsem telah memuatnaik video di mana kelihatan seorang kanak-kanak yang melonjak kegembiraan dan menjerit nama Mohamadou Sumareh selepas pemain itu menjaringkan gol kemenangan. Kanak-kanak itu begitu teruja sehingga nampak bagaikan menangis kegembiraan.

Ini satu perkara yang cukup bagus kerana anak-anak kecil mula merasai semangat menyokong pasukan Malaysia dan mengenali pemain-pemain Harimau Malaya. Jadi, bagaimana pula reaksi anda terhadap jaringan Sumareh?

 

Photo Credit: HAZRIN ZAIDUN | ASIANA.MY

 

Comments