Tiket bagi perlawanan Malaysia vs UAE mula dijual

Khairul Nizam Khairul Nizam

Bukan semua antara kita yang mampu bertandang ke Jakarta bagi perlawanan berdepan Indonesia ini. Tetapi ramai antara kita pastinya boleh menghadirkan diri ke Stadium Nasional Bukit Jalil bagi memberi sokongan kepada Harimau Malaya.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah mengumumkan bahawa tiket bagi perlawanan kedua skuad negara, berdepan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 10 September ini sudah boleh mula dibeli oleh penyokong skuad kebangsaan.

Selepas mengambil kira apa yang berlaku pada perlawanan persahataban menentang Jordan pada 30 Ogos lalu, FAM telah mengumumkan bahawa selain daripada dijual secara atas talian, tiket bagi perlawanan tersebut akan juga dijual di kaunter Stadium Nasional Bukit Jalil, tetapi dengan harga yang berbeza.

Bagi sesiapa yang mahu membelinya secara atas talian, boleh melayari laman web www.tickethotline.com.my dengan harga RM30 (terbuka) dan RM50 (Grandstand) sehingga pukul 11.59 malam pada hari Isnin, 9 September 2019. Harga tersebut tidak termasuk caj pemprosesan.

Bagi yang mahu mendapatkan tiket di kaunter stadium, harga bagi tiket adalah RM40 (terbuka) dan RM60 (Grandstand) dan akan mula dijual pada hari perlawanan nanti bermula pukul 2.00 petang.

Tiket bagi kanak-kanak pula akan dijual dengan harga RM7 tidak kira jika ianya dibeli secara atas talian atau di kaunter stadium.

 

Kredit foto: FAM

 

 

Comments