P.Maniam bangga dengan kejayaan skuad bawah 15 tahun negara

Khairul Nizam Khairul Nizam

Harimau Muda juara Asia Tenggara!

Skuad bawah 15 tahun negara berjaya mengaum kuat di bumi Thailand apabila muncul juara Kejohanan Piala AFF Bawah 15 Tahun dengan menumpaskan tuan rumah, Thailand 2-1 di Stadium Kampus Chonburi.

Biarpun Thailand membuka jaringan pada minit ke-16 menerusi Theekawin Chansri, tetapi anak buah P.Maniam bangkit kembali untuk menjaringkan dua gol di separuh masa kedua menerusi Muhammad Izrin Ibrahim dan Muhammad Nabil Qayyum Zainuddin.

P. Maniam selepas perlawanan meluahkan rasa gembiranya terhadap kejayaan ini dan berbangga dengan persembahan anak buahnya yang berjaya menjadi Raja Asia Tenggara.

“Kami berbangga dapat melatih skuad bawah 15 tahun ini kerana mereka komited dan memberikan yang terbaik dalam perlawanan. Kita dapat lihat dalam separuh masa pertama kami tidak bermain baik kerana angin, tetapi di separuh masa kedua kami bermain dengan hebat. Kami berjaya menang 2-1 , ianya perkara hebat untuk melihatnya. Barisan kejurulatihan kami telah melakukan tugas dengan sangat baik, itu adalah antara sebab kenapa kami berjaya,” kata P.Maniam dalam video yang disiarkan di laman Twitter Asean Football.

 

Kredit foto: FAM

 

Comments