JDT rancang perlawanan persahabatan menentang Barcelona?

Hafizuddin Omar Hafizuddin Omar

Juara Liga Super Malaysia 2019, Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal mengadakan perlawanan persahabatan menentang Barcelona dan ia dijangka akan diadakan di Johor Bahru pada 30 Julai ini.

Ia berikutan satu perbualan menerusi aplikasi Whatsapp di antara pemilik JDT, DYAM Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) bersama pertahanan Barcelona, Gerard Pique dan dimuat naik di Instagram Story peribadinya, hari ini.

Instagram Story @hrhcrownprinceofjohor

Dalam perbualan tersebut, Gerard Pique menyatakan, “Dan kami akan kembali ke Barcelona. Ada peluang untuk membawa pasukan Barcelona ke Johor selepas 27hb.. Mungkin bermain menentang pasukan kamu. Adakah awak boleh pertimbangkan?

TMJ membalas, “sudah tentu”

Dan Gerard menambah lagi di dalam perbualan tersebut, “Hei bro, ada kemungkinan bermain di Jepun pada 27hb dan terbang ke Johor, tinggal beberapa hari untuk berlatih di fasiliti latihan kamu dan bermain (perlawanan persahabatan) pada 30hb.”

Foto: JST

Menurut laman sesawang rasmi juara La Liga 2018/19 itu, skuad kendalian Ernesto Valverde terbang ke Jepun pada hari ini untuk ‘FC Barcelona Japan Tour 2019 dibawakan oleh Rakuten’. Daripada 20hb sehingga 28hb julai, skuad FC Barcelona akan melawat Kota Tokyo dan Kota Kobe di mana mereka akan mengambil bahagian dalam saingan Piala Rakuten.

Dalam saingan tersebut, mereka akan menentang pasukan Chelsea pada 23hb julai dan sebuah pasukan J League iaitu Vissel Kobe pada 27hb julai. 

Foto: FC Barcelona

Comments