LIVE: Liga Premier Malaysia 2019 – UiTM FC vs Negeri Sembilan

Amin Zulkarnain Amin Zulkarnain

Perlawanan Liga Pemier Malaysia 2019 untuk LP22 pada hujung minggu ini akan menyaksikan kesemua lima perlawanan dilangsungkan secara serentak pada malam yang sama, di mana dua daripadanya akan disiarkan oleh FOX Sports Malaysia menerusi MyCujoo. Salah satu daripada dua perlawanan tersebut ialah perlawanan antara UiTM FC menentang pasukan Negeri Sembilan.

Kedudukan semasa kedua-dua pasukan selepas tamat 19 perlawanan dalam carta Liga Premier Malaysia pada musim ini menyaksikan UiTM FC yang berada di tangga keenam dan pasukan Negeri Sembilan yang berada di tangga kelima, terikat dengan kutipan 28 mata, namun kedua-dua pasukan dibezakan dengan jumlah perbezaan gol (8 dengan 4).

Ini merupakan pertemuan yang kedua antara kedua-dua pasukan ini dalam saingan liga pada musim ini. Mereka telah bertemu dalam minggu perlawanan LP3 pada 15 Februari yang lalu, di mana UiTM FC telah menewaskan pasukan Negeri Sembilan 4-1 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Tunku Abdul Rahman.

Aksi LP21 pada hujung minggu yang lalu pula telah menyaksikan pasukan Negeri Sembilan tewas 2-3 kepada pasukan Polis, sementara UiTM FC pula tidak turun beraksi pada minggu perlawanan tersebut.

Kedua-dua pasukan perlu mencatatkan kemenangan ke atas lawan masing-masing sambil mengharapkan pasukan Polis gagal menewaskan pasukan Pulau Pinang dalam satu lagi perlawanan. Keputusan seri hanya akan merugikan kedua-dua pasukan pada malam ini. Pasukan manakah yang akan berjaya meraih satu lagi slot promosi ke Liga Super Malaysia pada musim hadapan?

Ayuh saksikan siaran langsung perlawanan ini yang dibawakan khas oleh FOX Sports Malaysia dan MyCujoo. Klik pautan di bawah:

Comments