LIVE: Liga Premier Malaysia 2019 – PDRM vs Pulau Pinang

Amin Zulkarnain Amin Zulkarnain

Perlawanan Liga Pemier Malaysia 2019 untuk LP22 pada hujung minggu ini akan menyaksikan kesemua lima perlawanan dilangsungkan secara serentak pada malam yang sama, di mana dua daripadanya akan disiarkan oleh FOX Sports Malaysia menerusi MyCujoo. Salah satu daripada dua perlawanan tersebut ialah perlawanan antara pasukan Polis menentang pasukan Pulau Pinang.

Kedudukan semasa kedua-dua pasukan dalam carta Liga Premier Malaysia ketika ini selepas tamat 19 perlawanan menyaksikan pasukan Polis berada di tangga ketiga dengan kutipan 30 mata, sementara pasukan Pulau Pinang pula berada di tangga keenam dengan kutipan 27 mata.

Ini merupakan pertemuan yang kedua antara kedua-dua pasukan ini dalam saingan liga pada musim ini. Mereka telah bertemu dalam minggu perlawanan LP3 pada 16 Februari yang lalu, di mana pasukan Pulau Pinang telah menewaskan pasukan Polis 1-0 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Bandaraya.

Aksi LP2 pada hujung minggu yang lalu pula telah menyaksikan kedua-dua pasukan berjaya mencatatkan kemenangan; pasukan Pulau Pinang menewaskan pasukan Sarawak 6-3 di halaman sendiri sementara pasukan Polis pula menewaskan pasukan Negeri Sembilan 3-2 di Stadium Tunku Abdul Rahman.

Pasukan Polis bakal meraih promosi ke Liga Super Malaysia sekiranya berjaya mencatatkan kemenangan, sementara mereka perlu mengharapkan perlawanan antara UiTM FC menentang pasukan Negeri Sembilan berakhir dengan keputusan seri sekiranya mereka terikat dengan pasukan Pulau Pinang. Pasukan Pulau Pinang pula perlu mencatatkan kemenangan DAN  mengharapkan perlawanan antara UiTM FC menentang pasukan Negeri Sembilan berakhir dengan keputusan seri. Siapakah yang akan berjaya meraih satu lagi slot promosi ke Liga Super Malaysia pada musim hadapan?

Ayuh saksikan siaran langsung perlawanan ini yang dibawakan khas oleh FOX Sports Malaysia dan MyCujoo. Klik pautan di bawah:

Comments