‘This is Darul Aman!’ jadi motivasi Kedah tumbangkan Perak

Hafizuddin Omar Hafizuddin Omar

Laungan ‘This is Darul Aman’ telah memberikan motivasi tambahan buat para pemain Kedah agar tidak tewas di Stadium Darul Aman seterusnya mengejar daripada ketinggalan 0-1 kepada mencatatkan kemenangan penuh bergaya 4-2.

“Pertama, apa yang kita tekankan kepada pemain sebelum mereka masuk padang adalah ‘This Is Darul Aman’ bermakna motivasi yang tinggi untuk kita tidak kalah di stadium kita. Berbekalkan motivasi itu sampai 90 minit mereka berusaha dan mereka melaksanakan tanggungjawab dengan baik sehingga berjaya menghasilkan kemenangan pada malam ini. Pujian harus diberikan kepada para pemain atas usaha yang bersungguh-sungguh oleh mereka.” kata penolong jurulatih Kedah, Azmi Mohamed.

Foto: KFA

Sungguhpun Perak tampil dengan corak permainan penuh intensiti dan menyaksikan skuad Helang Merah agak bergelut pada awal permaianan, persediaan mental dan fizikal pasukan Kedah membolehkan mereka mengatasi cabaran tersebut serta menundukkan pasukan lawan dengan penuh dramatik pada penghujung permainan.

“Kita tekankan kepada pemain dari awal untuk bersedia dari segi fizikal dan mental selama 90 minit. Setiap pasukan terutama Perak menggunakan pengalaman pemain-pemainnya, dia cuba menekan kita di sini. Dengan kekuatan fizikal dan mental pemain-pemain kita, strategi dan perancangan kita dilaksanakan oleh pemain-pemain dengan baik. Itu yang menjadi ramuan kita mengatasi pasukan Perak. Dan ini adalah satu motivasi yang bagus untuk pasukan kita dan diharapkan mereka mengekalkan momentum ini dalam perlawanan mendatang.” tambahnya.

Foto: KFA

Selain itu, bagi Azmi Mohamed, tidak timbul isu perancangan dilakukan tanpa ketiadaan Aidil Sharin Sahak yang sedang mengharungi modul kedua Kejurulatihan Diploma Professional AFC memberikan hasil yang lebih baik kerana percaturan menentang pasukan Perak turut mendapat arahan ketua jurulatih mereka.

“Perancangan dan strategi yang diterapkan adalah kerjasama antara kesemua barisan kejurulatihan, terutamanya daripada ketua jurulatih Aidil Sharin Sahak. Walaupun dia sedang berkursus untuk lesen professional, kita sering berhubung dengan dia. Dan apa pun perlaksanaan dari segi latihan dan perlawanan adalah datangnya daripada arahan dia. Apa yang kita cuba sampaikan kepada pemain merupakan kehendak dia sebagai ketua jurulatih. Dan kita sangat menghormati perancangan yang dilakukan olehnya.” terangnya dalam sidang media selepas perlawanan, semalam.

Foto: Kedah FA – Persatuan Bolasepak Kedah –

Comments