LIVE: Liga Premier Malaysia 2019 – Negeri Sembilan vs PDRM

Amin Zulkarnain Amin Zulkarnain

Perlawanan Liga Pemier Malaysia 2019 untuk LP21 pada hujung minggu ini akan menyaksikan tiga perlawanan disiarkan oleh FOX Sports Malaysia menerusi MyCujoo. Dua daripada tiga perlawanan tersebut akan disiarkan pada malam ini, salah satunya ialah perlawanan antara pasukan Negeri Sembilan menentang pasukan Polis.

Kedudukan semasa kedua-dua pasukan dalam carta Liga Premier Malaysia ketika ini menyaksikan pasukan Negeri Sembilan berada di tangga keempat dengan kutipan 28 mata, sementara pasukan Polis pula berada satu anak tangga dibawah mereka dengan kutipan 27 mata selepas kedua-dua pasukan beraksi 18 perlawanan.

Ini merupakan pertemuan yang kedua antara kedua-dua pasukan ini dalam saingan liga pada musim ini. Mereka telah bertemu dalam minggu perlawanan LP2 pada 9 Februari yang lalu, di mana pasukan Polis dan pasukan Negeri Sembilan terikat 1-1 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Aksi LP20 pada pertengahan minggu yang lalu pula telah menyaksikan kedua-dua pasukan mencatatkan kemenangan di halaman sendiri; pasukan Negeri Sembilan menewaskan pasukan Johor II 3-1 di Stadium Tunku Abdul Rahman sementara pasukan Polis pula menewaskan pasukan Kelantan 3-1 di Stadium Hang Jebat.

Pasukan Negeri Sembilan pastinya mahu mengambil kesempatan ke atas pasukan UiTM FC yang tidak akan beraksi pada hujung minggu ini dalam perlumbaan mengejar slot terakhir promosi ke Liga Super Malaysia pada musim hadapan, sementara pasukan Polis juga turut berpeluang menjadikan perlumbaan tersebut sebagai perlumbaan tiga penjuru. Pasukan manakah yang akan meraih kelebihan dalam perlumbaan tersebut di Stadium Tunku Abdul Rahman pada malam ini?

Ayuh saksikan siaran langsung perlawanan ini yang dibawakan khas oleh FOX Sports Malaysia dan MyCujoo. Klik pautan di bawah:

Comments