LIVE: Liga Premier Malaysia 2019 – UKM FC vs JDT II

Amin Zulkarnain Amin Zulkarnain

Perlawanan Liga Pemier Malaysia 2019 untuk LP21 pada hujung minggu ini akan menyaksikan tiga perlawanan disiarkan oleh FOX Sports Malaysia menerusi MyCujoo. Salah satu daripada tiga perlawanan tersebut akan berlangsung pada malam ini iaitu perlawanan antara UKM FC menentang pasukan Johor II.

Kedudukan semasa kedua-dua pasukan dalam carta Liga Premier Malaysia ketika ini menyaksikan pasukan Johor II berada di tangga kedua dengan kutipan 33 mata selepas 19 perlawanan, sementara UKM FC pula berada di tangga kelapan dengan kutipan 19 mata selepas 18 perlawanan.

Ini merupakan pertemuan yang kedua antara kedua-dua pasukan ini dalam saingan liga pada musim ini. Mereka telah bertemu dalam minggu perlawanan LP2 pada 9 Februari yang lalu, di mana pasukan Johor II telah menewaskan UKM FC 2-1 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang.

Aksi LP20 pada pertengahan minggu yang lalu pula telah menyaksikan kedua-dua pasukan bertandang ke halaman lawan; UKM FC membelasah pasukan Selangor United 6-2 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang sementara pasukan Johor II pula tewas 1-3 kepada pasukan Negeri Sembilan di Stadium Tunku Abdul Rahman.

Pasukan manakah yang akan berjaya meraih tiga mata penuh di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur pada malam ini?

Ayuh saksikan siaran langsung perlawanan ini yang dibawakan khas oleh FOX Sports Malaysia dan MyCujoo. Klik pautan di bawah:

Comments