TFC mungkin dapat dua atau tiga gol tetapi Kedah ‘park the bus’

Hafizuddin Omar Hafizuddin Omar

Jurulatih Terengganu FC, Mohd. Nik melihat pasukannya mampu mencetak dua hingga tiga gol pada babak kedua namun Kedah yang bermain secara ‘park the bus’ di hadapan kotak penalti menggagalkan usaha tersebut.

“Apabila Kedah mendahului, mereka perlu bertahan, banyak bola ke arah gol dapat dihalang oleh penjaga gol dan pertahan. Kalau ikutkan, kita mungkin dapat dua, tiga gol. 

“Saya memang berpuas hati, walaupun kita dapat satu mata tetapi dari segi kesungguhan pemain kita memberikan tentangan sehingga minit-minit akhir permainan untuk dapat menyamakan kedudukan.” kata Mohd. Nik dalam sidang media.

Mohd. Nik Foto: TFC

Terdahulu, Kedah berjaya mendahului 1-0 di Kuala Terengganu hasil tandukan Shakir Hamzah pada minit ke-4 namun Terengganu FC menyamakan kedudukan pada minit ke-33 menerusi Sanjar Shaakhmedov. 

Sebelum wisel penamat separuh masa pertama ditiup oleh pengadil perlawanan, Baddrol Bakhtiar memastikan tandukannya mnerjah jaring lawan dan meletakkan Kedah kembali mendahului 2-1.

Separuh masa kedua, Mohd. Nik melakukan dua pertukaran dengan memasukkan Malik Mat Ariff dan Khairu Azrin dan nyata pertukaran tersebut memberikan nafas baharu buat pasukan Terengganu FC khususnya di bahagian serangan. Terengganu FC terus ‘mengganas’ untuk mencari gol penyamaan buat kali kedua dan Tchetche Kipre berjaya menjelmakan jaringan tersebut pada masa kecederaan.

“Memang kita sudah rancang dari awal lagi kerana Rahmat Makassuf itu membuat penampilan pertamanya dalam Liga Super. Kita bagi peluang kepadanya, tetapi kita tahu memang akan ada perasaan gemuruh. Kita juga telah rancang untuk menukar Thierry kerana pergerakan dia amat perlahan.” katanya lagi.

Beliau yang menggantikan Nafuzi Zain buat seketika kerana berkata pihaknya mahu mengekalkan rentak kemenangan dalam dua perlawanan liga sebelum ini namun inilah bola sepak dan beliau bersyukur sekurang-kurangnya satu mata dalam genggaman. 

“Rezeki tidak berpihak kepada kita tetapi syukur kita mendapat satu mata.” ujarnya.

Foto: Terengganu Football Club

Comments