LIVE: Liga Premier Malaysia 2019 – PDRM vs Kelantan

Amin Zulkarnain Amin Zulkarnain

Perlawanan Liga Pemier Malaysia 2019 untuk LP20 pada pertengahan minggu ini akan menyaksikan tiga perlawanan disiarkan oleh FOX Sports Malaysia menerusi MyCujoo. Salah satu daripada tiga perlawanan tersebut akan berlangsung pada malam ini iaitu perlawanan antara pasukan Polis menentang pasukan Kelantan.

Kedudukan semasa kedua-dua pasukan dalam carta Liga Premier Malaysia ketika ini menyaksikan pasukan Polis berada di tangga ketujuh dengan kutipan 24 mata, sementara pasukan Kelantan pula berada di tangga kesepuluh dengan kutipan 14 mata selepas kedua-dua pasukan masing-masing telah menghabiskan 17 perlawanan.

Ini merupakan pertemuan yang kedua antara kedua-dua pasukan ini dalam saingan liga pada musim ini. Mereka telah bertemu dalam perlawanan LP9 pada 12 April yang lalu, di mana pasukan Polis telah menewaskan pasukan Kelantan 1-0 di Stadium Sultan Muhammad IV.

Aksi LP19 pada hujung minggu yang lalu pula telah menyaksikan kedua-dua pasukan Polis dan pasukan Kelantan mencatatkan kemenangan ke atas lawan masing-masing; pasukan Kelantan menewaskan pasukan Selangor United 2-0 di halaman sendiri sementara pasukan Polis pula menewaskan pasukan UiTM 2-1 di halaman lawan.

Pasukan manakah yang akan berjaya meraih tiga mata penuh di Stadium Hang Jebat pada malam ini?

Ayuh saksikan siaran langsung perlawanan ini yang dibawakan khas oleh FOX Sports Malaysia dan MyCujoo. Klik pautan di bawah:

Comments