PKNP akan bawa masuk pemain baru gantikan Thomas Abbey

Khairul Nizam Khairul Nizam

Ketua jurulatih PKNP, Abu Bakar Fadzim berbangga dengan semangat juang anak buahnya yang berjaya mengikat Selangor biarpun beraksi dengan hanya dua pemain import.

Dalam perlawanan itu, hanya Pedro Victor dan Yashir Pinto dapat diturunkan kerana Amani Aguinaldo dan Giancarlo Lopes menjalani penggantungan. Menurut Abu Bakar lagi, PKNP akan membawa masuk seorang lagi pemain import baru bagi menggantikan tempat Thomas Abbey yang mengalami kecederaan jangka masa panjang.

“Saya nampak kesungguhan terutamanya pemain-pemain tempatan untuk mengemudikan kesebelasan utama kali ini walaupun tidak seimbang seperti pasukan-pasukan lain. Kami hanya bersandarkan kepada dua pemain import di bahagian pertahanan dan juga serangan kerana penggantungan dua lagi pemain import. Thomas Abbey pula tidak dapat beraksi selama lapan minggu kerana keretakan tulang kaki.

“Apa sahaja rintangan yang PKNP hadapi, saya puji semangat juang pemain walaupun kami ketinggalan 1-0 tetapi semangat mereka untuk mempertahan pasukan ini daripada keciciran mata yang besar. Bagi saya satu mata adalah mata yang bagus untuk kekal berada dalam sepuluh pasukan terbaik supaya kami dapat menunggu ketibaan pemain baru sebelum bertemu Kuala Lumpur. Saya harap pelaburan untuk mendapatkan beliau menggantikan Thomas Abbey berhasil.”

PKNP kini berada di tangga kesepuluh dengan hanya satu mata memisahkan mereka dengan Kuala Lumpur di zon penyingkiran. PKNP akan berdepan The City Boys dalam perlawanan mereka yang seterusnya pada hari Ahad depan.

 

Kredit foto: PKNP

 

Comments