LIVE: Liga Premier Malaysia 2019 – UiTM FC vs Sarawak

Amin Zulkarnain Amin Zulkarnain

Perlawanan Liga Premier Malaysia LP14 pada hujung minggu ini menyaksikan dua perlawanan akan disiarkan secara langsung oleh MyCujoo. Untuk malam ini pula, kita akan menyaksikan perlawanan antara UiTM FC menentang pasukan Sarawak.

Kedudukan semasa kedua-dua pasukan dalam carta Liga Premier Malaysia pada ketika ini menyaksikan UiTM FC berada di tangga ketiga dengan kutipan 23 mata selepas 12 perlawanan, sementara pasukan Sarawak pula berada di tangga kesepuluh dengan kutipan 9 mata, juga selepas 12 perlawanan.

Kedua-dua pasukan sebelum ini telah bertemu pada 21 April yang lalu di Stadium Negeri, Kuching dalam perlawanan LP10 Liga Premier Malaysia yang menyaksikan UiTM FC menewaskan pasukan Sarawak 2-0.

Perlawanan LP13 pada 11 dan 12 Mei yang lalu telah menyaksikan UiTM FC menewaskan UKM FC 1-0 dalam perlawanan ‘derby’ universiti di Stadium UiTM Shah Alam, sementara pasukan Sarawak pula tewas 6-2 kepada pasukan Polis di Stadium Hang Jebat, Krubong.

Sepak mula perlawanan pada malam ini adalah tepat jam 10 malam di Stadium UiTM Shah Alam. Pasukan manakah yang akan meraih tiga mata penuh pada malam ini?

Ayuh kita saksikan siaran langsung perlawanan ini yang dibawakan khas oleh FOX Sports Malaysia dan MyCujoo! Klik pautan di bawah:

Comments