Chong Yee Fatt kecewa kesilapan mudah buat Kuala Lumpur gigit jari

Khairul Nizam Khairul Nizam

Ketua jurulatih Kuala Lumpur, Chong Yee Fatt ternyata kecewa apabila satu kesilapan mudah di penghujung permainan membuatkan pasukannya pulang dengan hampa.

Jaringan Safee Sali pada minit ke-90 membuatkan Kuala Lumpur tewas kepada Petaling Jaya City biarpun City Boys sendiri mempunyai peluang untuk menjaringkan gol kemenangan. Sebelum jaringan Safee itu, perlawanan nampak bakal berakhir dengan keputusan seri, tetapi bekas pemain Kuala Lumpur itu menghampakan mereka.

“Itulah bolasepak. Ada menang dan ada kalah. Bermain dengan cantik tetapi di penghujungnya anda kalah kerana satu kesilapan mudah. Ianya memang kejam.

“Sebelum kami bolos, kami yakin untuk membawa pulang satu mata tetapi sebelum mereka menjaringkan gol kami pun ada peluang untuk kutip mata penuh, tetapi anda tidak boleh berpuas hati selagi wisel penamat belum ditiup.”

Kuala Lumpur kini berdepan misi wajib menang dalam perlawanan mereka yang seterusnya bertemu PKNP FC di Cheras pada hari Ahad depan, perlawanan terakhir mereka untuk bulan Ramadhan ini. Buat masa ini, Kuala Lumpur kekal di tangga ke-11 dengan perbezaan jaringan membezakan antara mereka dan PKNP yang berada di atas zon penyingkiran.

 

Kredit foto: Malaysia Football League (MFL)

Comments