VIDEO: Safawi ‘ayamkan’ dua pemain PKNS FC sebelum jaringkan gol pendahuluan JDT

Hafizuddin Omar Hafizuddin Omar

Kelab Bola Sepak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS FC) menerima kunjungan juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk aksi ke-14 Liga Super Malaysia di Stadium Shah Alam, Selangor.

Sebaik sahaja perlawanan dimulakan, JDT dilihat pantas menguasai permainan dan cuba mengatur serangan untuk memburu jaringan awal. Pasukan tuan rumah pula bermain dengan ‘high pressing’ untuk menyaingi penguasaan bola oleh pasukan Harimau Selatan.

Namun, JDT yang terdiri daripada pemain-pemain berkualiti berjaya meraih gol pendahuluan seawal minit ke-17. Jaringan tersebut disumbangkan oleh penyerang muda, Safawi Rasid. Situasi itu bermula dengan Leandro Velazquez melakukan satu hantaran jauh dari kawasan sendiri kepada bahagian sayap kanan.

Safawi yang berada di posisi tersebut membuat larian pantas menewaskan K. Kannan sebelum melakukan satu ‘cut-back’ untuk mengatasi Romel Morales yang melakukan larian susulan sebelum melepaskan rembatan menerusi kaki kirinya dan menewaskan Tauffiq Ar Rasyid.

Gol itu memberikan skuad Harimau Selatan mendahului 1-0 ke atas PKNS FC di Stadium Shah Alam. Anda boleh menonton jaringan Safawi Rasid melalui video di bawah:

Foto: MFL LIVE

Comments