LIVE: Liga Premier Malaysia 2019 – UKM FC vs Sabah

Amin Zulkarnain Amin Zulkarnain

Perlawanan Liga Premier Malaysia LP14 pada hujung minggu ini menyaksikan dua perlawanan akan disiarkan secara langsung oleh MyCujoo. Malam ini, kita akan menyaksikan UKM FC melayan kunjungan daripada pasukan Sabah.

Kedudukan semasa kedua-dua pasukan dalam carta Liga Premier Malaysia pada ketika ini menyaksikan pasukan Sabah menduduki tangga ketiga dengan kutipan 21 mata selepas 11 perlawanan , sementara UKM FC pula berada di tangga kesembilan dengan kutipan 10 mata selepas 12 perlawanan.

Dalam pertemuan terakhir antara kedua-dua pasukan, pasukan Sabah telah menewaskan UKM FC 3-1 di Stadium Likas, Kota Kinabalu pada 20 April yang lalu.

Perlawanan LP13 pada 11 dan 12 Mei yang lalu telah menyaksikan UKM FC tewas tipis 1-0 kepada UiTM FC dalam ‘derby’ university di Stadium UiTM Shah Alam, sementara pasukan Sabah pula tidak bermain pada minggu perlawanan tersebut.

Sepak mula perlawanan yang berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur ini adalah tepat pada jam 10 malam. Pasukan manakah yang akan meraih tiga mata penuh dalam perlawanan ini, UKM FC atau pasukan Sabah?

Ayuh kita saksikan siaran langsung perlawanan ini yang dibawakan khas oleh FOX Sports Malaysia dan MyCujoo! Klik pautan di bawah:

Comments