Melaka United pinjamkan Cassagrande ke Pulau Pinang

Khairul Nizam Khairul Nizam

Hari ini bermain untuk pasukan lain, esok menyertai pasukan lain.

Itulah keunikan jendela perpindahan di mana pasukan dan pemain mula membuat pertukaran pemain.

Penyerang Brazil Anselmo Arruda da Silva atau lebih dikenali sebagai Cassagrande telah sah menyertai Pulau Pinang secara pinjaman daripada Melaka United sehingga penghujung musim ini.

Kehadiran pemain tinggi lampai ini adalah bagi mengganti kekosongan yang ditinggalkan oleh penyerang Zambia, Ndumba Makeche dan diharap dapat memperkuat barisan serangan Pulau Pinang yang menduduki tangga kelapan Liga Premier.

Pulau Pinang nampaknya akan menggunakan dua pemain penyerang dalam baki perlawanan musim ini selepas turut membawa masuk penyerang Argentina, Sergio Aguero daripada Selangor United. Gandingan dua penyerang ini akan diharap dapat merobek gawang JDT II dalam perlawanan mereka esok.

 

Kredit foto: Pahang FA

Comments