Gagal bayar gaji dua bulan, Piya minta dilepaskan Kelantan

Khairul Nizam Khairul Nizam

Lepaskan saya.

Itulah permintaan pemain tengah Kelantan, Mohd Badri Radzi selepas menghantar surat minta dilepaskan kepada Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) ekoran gaji yang tidak dibayar selama dua bulan oleh KAFA.

Pemain yang lebih terkenal dengan panggilan ‘Piya’ itu membuat permohonan itu berdasarkan Klausa 8.7 dalam kontrak pemain bolasepak yang menyatakan kontrak ini boleh ditamatkan tanpa apa-apa (samaada pembayaran pampasan atau pengenaan sekatan kesukanan) jika pemain tidak menerima gajinya lebih daripada satu kali.

“Semenjak menyertai TRW 16 Mac lalu, saya belum pernah menerima gaji sebagai pemain bola sepak dari KAFA.

“Mengikut perkiraan sudah dua bulan saya tidak menerima gaji iaitu Mac dan April,” kata Piya seperti dilaporkan oleh Utusan Malaysia.

Piya kembali ke pangkuan Kelantan selepas meninggalkan pasukan Perlis yang disertainya awal musim ini kerana masalah kewangan.

 

Kredit foto: Persatuan Bolasepak Kelantan

Comments