Kelayakan Piala Dunia: Corbin-Ong, Rodney, Faisal Halim dan Dominic Tan lengkapkan senarai 26 pemain

Hafizuddin Omar Hafizuddin Omar

Empat muka baharu telah dipilih oleh ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe untuk melengkapkan senarai 26 pemain yang dipanggil untuk menyertai kem latihan pusat Harimau Malaya bagi menghadapi perlawanan persahabatan menentang Nepal dan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang akan berlangsung pada Jun kelak.

Empat muka baharu tersebut ialah La’Vere Corbin Ong, Rodney Celvin Akwensivie, Faisal Halim dan Dominic Tan. Pemain-pemain lain pula terdiri daripada skuad yang menyertai Piala AFF Suzuki 2018 dan Piala AIRMARINE 2019.

Pemain bawah 23 tahun yang tidak dipilih menyertai saingan Piala AIRMARINE 2019 kerana membawa cabaran kelayakan Kejuaraan AFC B-23 pada Mac lalu turut disenaraikan kembali. Mereka ialah Safawi Rasid, Akhyar Rasid, Syamer Kutty Abba dan Syahmi Safari.

Berikut adalah senarai penuh 26 pemain seperti yang diumumkan oleh laman web rasmi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM):

BIL NAMA UMUR POSISI PASUKAN
1. MOHD FARIZAL MARLIAS 33 PENJAGA GOL JOHOR DARUL TA’ZIM
2. ADAM NOR AZLIN 23 PERTAHANAN JOHOR DARUL TA’ZIM
3. DOMINIC TAN JUN JIN 22 PERTAHANAN JOHOR DARUL TA’ZIM
4. MUHAMMAD SYAZWAN ANDIK MOHD ISHAK 23 PERTAHANAN JOHOR DARUL TA’ZIM
5. LA’VERE CORBIN-ONG 28 PERTAHANAN JOHOR DARUL TA’ZIM
6. MOHAMED SYAMER KUTTY ABBA 22 TENGAH JOHOR DARUL TA’ZIM
7. MUHAMMAD SAFAWI RASID 22 SAYAP JOHOR DARUL TA’ZIM
8. MUHAMMAD AKHYAR ABDUL RASHID 20 SAYAP JOHOR DARUL TA’ZIM
9. MUHAMMAD SYAFIQ AHMAD 24 PENYERANG JOHOR DARUL TA’ZIM
10. MATTHEW DAVIES 24 PERTAHANAN PAHANG
11. MOHAMADOU SUMAREH 25 SAYAP PAHANG
12. MUHAMAD NOR AZAM ABDUL AZIH 24 TENGAH PAHANG
13. NORSHAHRUL IDLAN TALAHA 33 PENYERANG PAHANG
14. MOHAMAD FAISAL ABDUL HALIM 21 PENYERANG PAHANG
15. MOHD SYAZWAN ZAINON 30 SAYAP SELANGOR
16. MOHD FAIZ MOHD NASIR 27 TENGAH SELANGOR
17. ABDUL HALIM SAARI 25 TENGAH SELANGOR
18. MUHAMMAD SYAHMI SAFARI 21 PERTAHANAN SELANGOR
19. MUHAMMAD HAFIZUL HAKIM KHAIRUL NIZAM JOTHY 26 PENJAGA GOL PERAK
20. SHAHRUL MOHD SAAD 26 PERTAHANAN PERAK
21. KENNY PALLRAJ DAVARAGI 26 TENGAH PERAK
22. MUHAMMAD SHAHREL FIKRI MD FAUZI 25 PENYERANG PERAK
23. MUHAMMAD AKRAM MAHINAN 26 TENGAH PKNS FC
24. RODNEY CELVIN AKWENSIVIE 23 PERTAHANAN PKNS FC
25. MOHD IFWAT AKMAL CHEK KASSIM 23 PENJAGA GOL KEDAH
26. MUHAMMAD IRFAN ZAKARIA 24 PERTAHANAN KUALA LUMPUR

Sebelas pemain daripada skuad Piala AFF Suzuki 2018 dan Piala AIRMARINE 2019 digugurkan oleh Tan Cheng Hoe. Mereka ialah Zaquan Adha Abd Radzak (Kedah), Khairul Fahmi Che Mat (Melaka), Nazirul Naim Che Hashim (Perak), Ahmad Hazwan Bakri (JDT), Rizal Ghazali (Kedah), Abdul Latiff Suhaimi (Selangor), Hadin Azman (Felda United), S Kumaahran (JDT II), Hafiz Ramdan (PKNP FC), Firdaus Saiyadi (Perak) dan Nicholas Swirad (PKNS FC).

Kem latihan pusat akan dimulakan pada 27 Mei ini sebelum mereka menempuh perlawanan persahabatan menentang Nepal pada 2 Jun di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada jam 10 malam.

Selepas itu, Tan Cheng Hoe akan memuktamadkan senarai 23 pemain akhir untuk dua perlawanan kelayakan Piala Dunia/Piala Asia menentang Timor-Leste pada 7 Jun dan 11 Jun. Kedua-dua perlawanan tersebut akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Foto: FAM

Comments