Elias menaikkan darah penyokong Liverpool ketika jelajah Eropah WWE

Amin Zulkarnain Amin Zulkarnain

Sebagai seorang penggusti professional, ada dua aspek penting yang perlu mereka titikberatkan setiap kali mereka melangkah masuk ke dalam arena, iaitu aksi di dalam gelanggang dan interaksi mereka bersama para penonton. Sebagai penggusti ‘heel’, Elias nampaknya amat pakar dalam menaikkan kemarahan penonton terhadapnya dan segmen Raw di Seattle pada Oktober tahun lalu merupakan bukti betapa efektifnya beliau dalam peranan tersebut:

WWE ketika ini sedang mengadakan jelajah Eropah yang pertama untuk tahun ini yang akan mengambil masa 10 hari dan pada Ahad lalu, mereka telah singgah ke M&S Bank Arena, Liverpool yang merupakan salah satu daripada hentian mereka untuk jelajah tersebut. Kebetulan, hari itu juga telah menyaksikan Manchester City menewaskan Brighton & Hove Albion 4-1 untuk memenangi kejuaraan Premier League pada musim ini dengan perbezaan satu mata ke atas Liverpool yang turut menewaskan Wolverhampton Wanderers 2-0 pada hari yang sama.

Elias melihat ini merupakan peluang yang besar untuk menaikkan kemarahan para penonton yang hadir, terutamanya mereka yang menyokong Liverpool. Beliau pada awalnya mengajak para penonton bersama-sama menyanyikan lagu The Beatles, Yesterday sebelum memaklumkan kepada penonton bahawa beliau akan menyanyikan lagu tersebut mengikut liriknya sendiri. Beliau kemudiannya menyarung jersi Manchester City yang tertulis WWE 19 sebelum menyanyikan lagu tersebut:

Video ‘persembahan’ Elias yang telah dikongsikan WWE itu kemudiannya telah menarik perhatian Manchester City dan ini adalah respon daripada juara Premier League tersebut:

Ini pula merupakan respon Elias mengenai ‘sambutan’ hangat yang diberikan oleh penonton ketika segmen tersebut:

Nampaknya WWE sudah mempunyai penggusti yang sesuai untuk menghangatkan suasana sesebuah arena menerusi interaksi bersama para penonton yang hadir dan Elias adalah orangnya.

Elias dijadualkan akan berentap dengan Roman Reigns dalam perlawanan satu lawan satu untuk acara Money in the Bank yang akan berlangsung di  XL Center, Hartford, Connecticut pada 19 Mei ini, sementara Liverpool pula akan bertemu dengan Tottenham Hotspur dalam perlawanan akhir UEFA Champions League di Wanda Metropolitano, Madrid pada 1 Jun.

Kredit Foto: WWE

Comments