Percaya atau tidak, 5 pemain ini jaringkan lebih banyak gol berbanding Alexis Sanchez musim 2018/19

Hafizuddin Omar Hafizuddin Omar

Semusim penuh pertama Alexis Sanchez bersama Manchester United amat mengecewakan di mana beliau bergelut dengan prestasi dan juga kecederaan. Rumusan pada musim ini, pemain antarabangsa Chile ini hanya bermain selama 877 minit dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dan menjaringkan satu gol. Berikut adalah lima pemain yang menjaringkan lebih banyak gol berbanding Alexis Sanchez pada musim ini.

#5 Karlan Grant (Huddersfield Town) – 4 gol

Karian Grant menyertai Huddersfield Town pada Januari 2019 untuk membantu mereka mengelak daripada diturunkan pangkat tetapi tidak banyak yang dapat dilakukan oleh pemain berusia 21 tahun ini untuk menghalang mereka tersingkir daripada Liga Perdana Inggeris.

Grant tiba daripada pasukan League One, Charlton Athletic dan masih berjaya meraih empat gol dalam saingan Liga Perdana Inggeris dalam sama 874 minit. Seorang pemain daripada divisyen ketiga bola sepak Inggeris jaringkan empat gol untuk sebuah pasukan yang bergelut di zon penyingkiran yang juga memiliki jaringan gol terendah (22 gol) sementara Sanchez hanya menjaringkan satu gol sepanjang musim Liga Perdana Inggeris dan dua dalam keseluruhan pertandingan.

Pemain berusia 21 tahun ini turut berjaya menjaringkan gol menentang Arsenal dan dua jaringan ketika menentang West Ham.

#4 Ivan Cavaleiro (Wolverhampton Wanderers) – 3 gol

Nuno Esprito Santo jarang melakukan penggiliran pemain di Wolves pada musim ini dan rentetan itu, Ivan Cavaleiro hanya bermula enam kali dalam saingan Liga Perdana Inggeris dan mencatatkan 687 minit masa permainan.

Walaupun bermain sebagai pengganti Raul Jimenez dan Diogo jota sepanjang musim ini dan memiliki minit permaianan kurang 200 minit daripada Alexis Sanchez dalam saingan EPL, Cavaleiro masih mampu meraih tiga jaringan gol.

#3 Lucas Perez (West Ham) – 3 gol

 

Lucas Perez berpindah ke pasukan West Ham sebelum permulaan musim 2018/19 selepas jarang diturunkan oleh Arsenal. Bagaimanapun, penyerang Sepanyol ini masih bergelut untuk mendapatkan minit permainan dalam saingan Liga Perdana Inggeris walaupun West Ham diselubungi dengan kecederaan.

Perez hanya bermula sebanyak empat kali sepanjang musim ini dan hanya bermain selama 469 minit di atas padang. Walaupun pemain Sepanyol ini bermain kurang 400 minit permainan berbanding Sanchez dan bermula kurang 5 kali, dia masih berjaya merobek gawang sebanyak 3 kali.

Dua daripada jaringan tersebut hadir ketika menentang Cardiff dalam kemenangan 3-1 dan satu lagi ketika menentang Tottenham pada Oktober.

#2 Scott McTominay (Manchester United) – 2 gol

Walaupun menjadi salah seorang pemain menerima gaji termahal di dunia dan bermain sebagai penyerang, jumlah jaringan gol Sanzhez turut ditinggalkan oleh beberapa rakan sepasukannya termasuk pemain midfield dan pertahanan.

Salah seorang pemain yang mengatasi Sanzhez adalah Ashley Young tetapi nama yang lebih signifikan ialah Scott McTominay yang tidak mempunyai gol professional sehinggalah April 2019.

Pemain berusia 22 tahun ini menjaringkan gol pertamanya untuk Manchester United ketika tewas kepada Wolves 2-1 dan menggandakan jaringan peribadinya menyamai Alexis Sanchez pada musim ini ketika menentang Huddersfield.

#1 Shkodran Mustafi (Arsenal) – 2 gol

Shkodran Mustafi memberikan penyokong Arsenal banyak sebab untuk berang dengannya terutamanya dalam aspek pertahanan tetapi beliau boleh memberikan penyokong Gunners satu perkara yang menggembirakan dari aspek serangan.

Mustafi menjaringkan gol dua kali dalam saingan Liga Perdana Inggeris pada musim ini. Gol pertamanya ketika menentang Cardiff 3-2 pada September dan gol keduanya hadir ketika mengikat Manchester United 2-2 di Old Trafford.

Dengan jaringannya menentang Manchester United, beliau mengatasi bekas rakan sepasukannya pada musim ini dalam saingan liga. Walau dalam kesemua pertandingan, Mustafi mempunyai lebih banyak gol (3) berbanding Sanchez (2).

Nasib Alexis Sanchez semakin merudum dan beliau kelihatan tiada masa depan bersama pasukan Manchester United.

Comments