5 rekod EPL yang dipecahkan pada musim 2018/19

Hafizuddin Omar Hafizuddin Omar

Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2018/19 tamat dengan Manchester City menjulang kejuaraan liga buat dua kali berturut-turut di bawah bimbingan Pep Guardiola. Walaupun City tidak memecahkan rekod yang dicipta mereka musim lalu, beberapa rekod lain EPL berjaya dipecahkan pada musim ini.

#5 Paling sedikit catat keputusan seri – 2

Rekod catatan keputusan seri paling sedikit pada musim ini boleh diberikan kepada pasukan Tottenham Hotspur jika mereka tidak terikat dengan Everton dalam perlawanan terakhir saingan EPL. Bagaimanapun, mereka terpaksa berkongsi rekod ini dengan Manchester City.

Perlawanan pertama Spurs mencatatkan keputusan seri ketika perlawanan ke-29 menentang rival setempat, Arsenal. Manchester City pula tidak merekodkan sebarang sebarang keputusan seri selepas aksi kurang memberangsangkan di Anfield pada perlawanan ke-8 liga musim ini.

Tambahan kepada rekod seri paling sedikit musim ini, Spurs juga merekodkan keputusan seri paling sedikit di tempat lawan (0) dan paling banyak mengharungi perlawanan tanpa keputusan seri (32).

#4 ‘Assist’ paling banyak oleh pertahanan musim 2018/19 – 12

Dengan 11 ‘assist’, rekod ‘assist’ terbanyak oleh pertahanan dikongsi oleh dua pemain Everton, Leighton Baines (musim 2010/11) dan Andy Hinchliffe (musim 1994/95).

Andrew Robertson menyamai rekod tersebut ketika kemenangan 5-0 Liverpool ke atas Huddersfield tetapi beliau tidak dapat menambah angka berkenaan dalam dua perlawanan berikutnya. Namun, Trent Alexander-Arnold menyamai angka tersebut dalam perlawanan kedua menentang Newcastle United dan melepasi angka 11 ‘assist’ ketika memberikan ‘assist’ kepada gol kedua Sadio Mane menentang Wolves dalam aksi terakhir musim ini.

#3 Bilangan pasukan paling sedikit terpilih dalam PFA Team of The Year – 3

Dominasi Manchester City dan liverpool pada musim ini dapat dilihat kepada senarai PFA Team of The Year kecuali seorang daripada kelab lain. Pemain yang terpilih dalam senarai PFA Team of The Year selain daripada dua kelab ini adalah Paul Pogba.

Kemasukan Pogba dalam senarai ini menimbulkan perdebatan ramai kerana prestasinya yang naik dan turun disamping beberapa nama lain yang lebih layak tidak tersenarai.

Walaupun tanpa kehadiran pemain antarabangsa Perancis, senarai PFA Team of The Year pada tahun ini masih lagi mencatatkan bilangan pasukan paling sedikit.

Menariknya, dua daripada tiga pemenang Kasut Emas, Mohamed Salah dan Perre-Emerick Aubameyang dan pemenang Sarung Tangan Emas, Alisson tidak tersenarai dalam PFA Team of The Year.

#2 Gol terpantas – 7.69 saat

Shane Long bukanlah penjaring prolifik dan beliau mencapai jumlah dua angka dalam saingan EPL hanya sekali dalam kerjayanya. Namun, menentang Watford pada 24hb April 2019, beliau tidak mengambil masa yang lama untuk menjaringkan gol.

Pemain Ireland menewaskan Ben Foster di bawah 8 saat untuk memahat namanya selaku penjaring gol terpantas dalam sejarah Liga Perdana Inggeris dengan mengalahkan rekod Ledley King, 9.82 saat ketika bermain untuk Spurs menentang Bradford pada musim 2000/01.

Selain daripada Long dan King, tiada pemain yang menjaringkan gol di bawah catatan masa 10 saat dalam sejarah EPL.

#1 Mata terbanyak dalam satu musim tanpa memenangi liga – 97 mata

Liverpool dan Manchester City telah menempa satu perlumbaan kejuaraan liga dalam sejarah Liga Perdana Inggeris dan akhirnya, anak buah Jurgen Klopp terpaksa berpuas hati di tempat kedua dengan perbezaan satu mata.

Usaha bersungguh The Reds menjadikan pasukan mereka yang pertama tidak memenangi liga selepas mengumpul lebih 90 mata. Sebelum Liverpool, Manchester United memegang rekod mata terbanyak tanpa memenangi liga apabila mereka mengumpul 89 mata ketika musim 2011/12 dan kalah kepada Manchester City dengan perbezaan mata dalam satu adegan penuh dramatik.

Dalam sejarah divisyen pertama Inggeris, hanya Manchester City bimbingan Pep Guardiola mengumpul lebih daripada 97 mata dalam satu musim.

The Reds juga mengumpul mata paling banyak antara naib juara dalam kalangan lima liga terbaik eropah, mengalahkan rekod Real Madrid sebelum ini, 96 mata pada musim 2009/10 di mana mereka kalah kepada Barcelona yang turut dikendalikan oleh Pep Guardiola.

Comments