Dua aksi berdepan Timor Leste akan berlangsung di Malaysia?

Khairul Nizam Khairul Nizam

Nampaknya penyokong Harimau Malaya mungkin boleh menyimpan wang mereka dan tidak perlu membeli tiket penerbangan untuk ke Dili bagi menyaksikan perlawanan 1 kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di antara skuad negara menentang Timor Leste.

Ada khabar menyatakan bahawa Persatuan Bolasepak Timor Leste telah bersetuju untuk mengadakan perlawanan kedua menentang Harimau Malaya yang dijadualkan berlangsung pada 11 Jun di Kuala Lumpur.

Timor Leste sebelum ini telah beberapa kali menggunakan Kuala Lumpur sebagai gelanggang mereka termasuk ketika Piala AFF Suzuki 2018 yang lalu di mana Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur telah menjadi gelanggang mereka bagi semua perlawanan.

Sebelum ini Malaysia juga pernah beraksi dua kali di laman sendiri ketika berdepan Timor Leste, ketika perlawanan kelayakan Piala Asia pada tahun 2016. Ketika itu Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos di Larkin menjadi gelanggang bagi dua perlawanan itu.

 

Kredit foto: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)

Comments