Timor Leste jadi tetamu ‘Rumah Terbuka’ Harimau Malaya

Khairul Nizam Khairul Nizam

Dendang perantau nampaknya bakal berkumandang di bumi Timor Leste pada Aidilftri tahun ini.

Skuad Harimau Malaya telah diundi untuk bertemu Timor Leste dalam aksi Pusingan 1 Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 dalam Majlis Undian yang berlangsung pagi tadi di AFC House, Bukit Jalil.

Anak buah Tan Cheng Hoe akan menerima kunjungan Timor Leste pada 6 Jun sebelum bertandang ke Dili pada 11 Jun nanti. Ini bermakna skuad negara akan mengadakan ‘rumah terbuka’ di stadium pada hari raya kedua sebelum melawat ‘rumah terbuka’ Timor Leste pula lima hari kemudian. Pemenang perlawanan ini akan layak untuk ke pusingan kedua.

Perlawanan lain yang akan berlangsung di pusingan 1 kelayakan ini adalah:

Mongolia vs Brunei

Macau vs Sri Lanka

Laos vs Bangladesh

MALAYSIA vs Timor Leste

Kemboja vs Pakistan

Bhutan vs Guam

 

Kredit foto: FAM

 

Comments