Penyokong Malaysia sebarkan ‘Hasutan’ demi misi penuhkan Stadium Shah Alam

Khairul Nizam Khairul Nizam

Nampaknya aura perlawanan berdepan China ini memang luar biasa.

Seperti biasa ‘hasutan’ perlu dilakukan demi memenuhkan Stadium Shah Alam dan penyokong Malaysia nampaknya melakukan tugas dengan begitu menakjubkan.

Laman media sosial hari ini dibanjiri dengan pelbagai ‘hasutan’ daripada ‘Ekor’ Harimau Malaya bagi mengajak semua penyokong bersama-sama hadir dan memberi semangat kepada skuad bawah 23 tahun negara yang berdepan misi penting menentang China pada malam ini.

Pelbagai cara yang kreatif digunakan di laman sosial masing-masing dan setakat ini semakin ramai yang termakan dengan ‘hasutan’ ini.

Melihat pada ‘hasutan’ yang dilakukan ini, tidak mustahil Stadium Shah Alam akan dipenuhi penyokong yang akan bersama-sama mengaum bagi memberi semangat kepada anak buah Datuk Ong Kim Swee malam ini. Penyokong sudah menjalankan tugas mereka, kini terserah kepada pemain untuk membawa semangat ini dan layak ke Bangkok. Ayuh Harimau Malaya!

 

Kredit foto: FAM

Comments