Liridon mengira detik untuk menyarung jersi Harimau Malaya?

Hafizuddin Omar Hafizuddin Omar

Pemain tengah Melaka United, Liridon Krasniqi seakan-akan tidak sabar untuk menyarung jersi skuad kebangsaan, Harimau Malaya menerusi satu muat naik di laman sosial peribadinya, Instagram Story.

Perkongsian Liridon Krasniqi menerusi Instagram Story miliknya. Terpampang jersi Harimau Malaya bernombor 10 disertakan ’emoji’ jam pasir.

Pemain berasal dari Kosovo ini telah memasuki tahun ke-5 berkelana dalam kancah bola sepak tempatan menjadi sasaran oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk dijadikan pemain naturalisasi seterusnya memperkuatkan lagi skuad kebangsaan.

Selain daripada pemain yang mesra dipanggil Matdon ini, penyerang Kuala Lumpur, Guilherme de Paula turut berada dalam ‘radar’ FAM untuk dijadikan pemain naturalisasi sepertimana Mohamadou Sumareh.

Bagaimanapun, mengikut peraturan badan bola sepak dunia, FIFA, Matdon perlu bermain di Malaysia selama lima tahun terlebih dahulu sebelum dibenarkan untuk menyertai pasukan yang dibimbing oleh Tan Cheng Hoe.

Foto Kredit: Melaka United Soccer Association

Comments