Misi mencari pingat buat enam atlet Para Malaysia di Dubai

Khairul Nizam Khairul Nizam

Misi mencari emas dan menempatkan diri di posisi terbaik untuk layak ke Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Enam atlet Para negara telah berangkat ke Dubai, Emiriah Arab Bersatu bagi menyertai Kejohanan Grand Prix Olahraga Para Antarabangsa Fazza ke-11 yang akan berlangsung pada 24 hingga 27 Februari ini.

Atlet-atlet Malaysia yang bakal beraksi dalam kejohanan ini adalah Afiq Ali Hanafiah (100 meter T12), Muhamad Ashraf Muhammad Haisham (1500 meter T46), Ahmad Solihim Mohd Nor (100 Meter T47), Umi Syuhadah Idris (Rejam lembing F37), Mohd Saifuddin Ishak (lompat jauh T12) dan Adderin Majurin (lontar peluru F32/33/34).

Selain daripada misi untuk mencatat keputusan terbaik bagi melayakkan diri ke Sukan Paralimpik Tokyo 2020, kejohanan ini juga akan menjadi penentu buat kesemua atlet yang bertanding untuk bersaing di Kejohanan Olahraga Para Dunia 2019 yang juga akan berlangsung di Dubai pada bulan November nanti.

Kejohanan Grand Prix Olahraga Para Dunia juga akan berlangsung di Sao Paolo, Brazil (April), Beijing, China (Mei), Arizona, Amerika Syarikat (Mei), Nottwil, Switzerland (Mei), Grosetto, Itali (Jun), Tunis, Tunisia (Jun) dan Paris, Perancis (Jun).

 

Kredit foto: Malaysian Invasion Spirit In Motion (MISIM)

 

Comments