Geran tahunan tidak boleh digunakan untuk langsaikan tunggakan gaji pada musim depan

Tiada lagi bantuan selepas ini.

Semua pasukan yang tidak membayar gaji pemain tidak lagi akan dibenarkan menggunakan geran tahunan daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk menyelesaikan masalah tersebut bermula musim depan.

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam dalam satu laporan Stadium Astro telah memberi amaran kepada semua pasukan untuk merancang kewangan mereka supaya tiada lagi kes pasukan mengharapkan geran tahunan untuk melangsaikan hutang gaji tertunggak.

“Isu ini semakin kronik dan FAM terpaksa mengambil langkah proaktif supaya kemelut ini tidak berulang.

“Kami akan memastikan geran yang diberikan tidak akan digunakan untuk melangsaikan hutang tunggakan gaji.”

Isu tunggakan gaji yang melanda pasukan Liga Malaysia sangat serius dan FAM telah mendedahkan bahawa sebanyak 262 kes telah dilaporkan yang juga jumlah tertinggi di benua Asia.

 

 

 

Comments