Nidzam Jamil mahu pemain sedia beraksi di tempat lawan

Main di tempat lawan bukan satu masalah.

Itulah yang dikatakan oleh pengendali Felda United, Nidzam Jamil apabila pasukannya perlu beraksi di gelanggang lawan untuk dua perlawanan berturut-turut.

“Saya kini perlu memastikan pemain lebih bersedia mengharungi dua perlawanan berturut-turut di tempat lawan itu tanpa dikecewakan.”

“Dengan mengekalkan rekod tanpa kalah ketika seri dengan Selangor dan PKNP FC, saya harap semua pemain dapat meneruskan prestasi itu,” kata Nidzam seperti dilaporkan Berita Harian.

Felda United akan beraksi menentang Kedah di Stadium Darul Aman pada hari Sabtu ini sebelum berangkat ke Stadium Perak di Ipoh pula untuk menentang pasukan Perak pada 23 Februari nanti. Selepas itu baru The Fighters akan kembali ke Jengka untuk menerima kunjungan Petaling Jaya City pada 2 Mac.

The Fighters kini berada di tangga kelima liga apabila memungut dua mata selepas seri menentang Selangor dan PKNP dalam dua perlawanan awal mereka.

 

Kredit foto: Felda United FC

Comments