Hafizul akui berdebar ketika berdepan penentuan penalti Kitchee SC

Hafizuddin Omar Hafizuddin Omar

Penjaga gol Perak FA, Muhammad Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy mengakui gementar dan berdebar ketika berdepan penentuan sepakan penalti dalam perlawanan menentang Kitchee SC, isnin lalu.

Perlawanan pusingan kelayakan ke-2 Liga Juara-Juara AFC berakhir dengan jaringan 1-1 selepas 120 minit permainan dimana Wander Luiz dan Li Ngai Hoi masing-masing pada minit ke-14 dan minit ke-86.

Menceritakan kembali situasi ketika itu, beliau bertambah gementar apabila sepakan lemah oleh Leandro berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Kitchee SC. Disaat itu, Hafizul mulai sedar bahawa mara atau terkandasnya Perak FA terletak di tangannya.

“Ketika itu saya berdebar kerana harapan seluruh pasukan terletak di bahu saya, jika saya gagal menyelamatkan sepakan dibuat pemain Kitchee SC, sudah pasti kemenangan berpihak kepada mereka selepas Leandro (Leandro Dos Santos Oliviera) gagal menyempurnakan penalti Perak,” kata Hafizul kepada Berita Harian.

“Namun saya cuba menenangkan diri dan berjaya menyelamatkan sepakan dibuat pemain Kitchee SC yang menghidupkan semula peluang pasukan Perak,

“Along (Rafiuddin Roddin) dan Nazirul (Nazirul Naim Che Hashim) ada memberikan ‘tip’ sebelum perlawanan, mereka beritahu saya yang pemain pasukan Kitchee SC gemar mengambil sepakan ke arah kiri pintu gol.” ujarnya.

Dan setelah menyelamatkan satu penalti oleh pemain daripada pasukan berpengkalan di Hong Kong tersebut, Hafizul Hakim yang juga penjaga gol skuad kebangsaan berjaya mengulangi episod kecemerlangan beliau ketika final Piala Malaysia 2018 dengan menafikan sepakan penalti pemain lawan buat kali ke-2.

“Alhamdulillah, nasib saya baik apabila jangkaan saya tepat dan berjaya menolak sepakan penalti yang membawa kemenangan kepada Perak,” katanya.

Setelah sepakan akhir oleh Kenny Pallraj berjaya menemui belakang jaring, Perak FA disahkan mara ke pusingan play-off dan dijadualkan bertemu dengan pasukan dari Republik Korea, Ulsan Hyundai pada selasa hadapan.

Foto Kredit: Perak TBG

Comments