Lima pemain bolasepak Malaysia dengan ‘followers’ tertinggi di media sosial

Dalam era ledakan maklumat ini, pemain bolasepak bukan sahaja watak penting di atas padang, malah mereka turut di pandang sebagai ikon di platform media sosial, terutamanya Instagram.

Jika pemain bolasepak di Eropah lebih aktif menggunakan Twitter, pemain bolasepak kita di Malaysia pula lebih ‘mengganas’ di Instagram, sekaligus memberi peluang kepada peminat-peminat mereka untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang karakter dan juga identiti kehidupan seharian mereka di luar padang.

Berikut adalah senarai pemain bolasepak Malaysia dengan jumlah ‘followers’ tertinggi di Instagram:

5) Safawi Rasid – 330 ribu followers

Bintang Johor Darul Ta’zim ini boleh dikatakan antara pemain terbaik Malaysia pada ketika ini. Tahun lepas, Safawi berjaya memainkan peranan besar dalam membantu Johor DT menjadi juara Liga Malaysia buat kali kelima berturut. Malah, Safawi turut menjadi tunjang skuad kebangsaan di Piala AFC B-23 tahun, Sukan Asia dan juga Piala AFF Suzuki.

4) Badhri Radzi (Piya) – 385 ribu followers

Biarpun tidak lagi beraksi di tahap tertinggi, Piya masih merupakan antara pemain paling popular di Malaysia. Tidak lama sebelum ini, Piya boleh dikatakan antara pemain tengah terbaik di Malaysia, dan berjaya membantu skuad The Red Warriors menjulang gelaran juara Liga Super pada tahun 2012.

3) Khairul Fahmi Che Mat – 524 ribu followers

Siapa yang tak kenal Apek! Penjaga gol ini mencipta nama di Malaysia apabila berjaya membantu skuad kebangsaan menjadi juara Piala AFF Suzuki 2010 dan juga Sukan SEA 2011. Antara penjaga gol paling konsisten di Liga Super, Khairul Fahmi menyarung jersi Kelantan 2009 hingga 2018, sebelum berhijrah ke pasukan Melaka.

2) Akhyar Rashid – 527 ribu followers

Biarpun baru berumur 19 tahun, Akhyar Rashid kini merupakan antara ikon bolasepak paling popular di Malaysia, terutamanya di kalangan anak-anak muda yang aktif di Instagram. Berasal daripada Kedah, Akhyar kini menyarung jersi Johor Darul Ta’zim, dan dijangka bakal memainkan peranan besar untuk skuad Johor Darul Ta’zim musim ini.

1) Zaquan Adha – 721 ribu followers

Bekas penyerang Johor Darul Ta’zim ini cukup popular di media sosial untuk tiga sebab utama. Yang pertama, isterinya merupakan seorang pelakon popular di Malaysia, iaitu Ayu Raudah. Kedua, hubungan kembar Zaquan-Aidil  menjadi fokus ramai peminat dari awal karier beliau sehingga sekarang, Ketiga, beliau berjaya bangkit beraksi dengan cemerlang semenjak dua-tiga tahun lepas, biarpun mengalami kecederaan ACL yang serious beberapa tahun lepas.

Comments