ACL 2019 Predicted XI: Ramalan kesebelasan pertama Perak TBG vs Kitchee SC

Misi kelayakan ACL 2019 akan bermula untuk skuad Perak apabila mereka turun berdepan pasukan Kitchee SC di Stadium Perak, Ipoh malam esok.

Anak buah Mehmet Durakovic, yang hanya berjaya mengutip satu mata dari dua perlawanan Liga Super setakat ini, akan berdepan dengan tugas yang rumit, terutamanya jika melihat barisan pemain yang membintangi skuad Kitchee.

Pasukan Hong Kong ini bukan sahaja memiliki pemain-pemain import bekaliber tinggi, seperti Matt Smith (bekas bintang Brisbane Roar), tetapi mereka turut mempunyai beberapa pemain naturalisasi seperti Dani Cancela, Helio, dan juga Jordi Tarres.

Pasukan yang turut dikenali sebagai The Bluewaves ini turut berpengalaman beraksi di pentas Liga Juara-Juara Asia, termasuk edisi tahun lepas, di mana mereka dibintangi oleh bekas pemain Manchester United, Diego Forlan.

Perak mempunyai dua masalah kecederaan menjelang perlawanan malam esok. Mehmet Durakovic mengesahkan bahawa Nazirul Naim dan Norhakim Hassan masih belum pulih daripada kecederaan yang dialami ketika menentang Kedah tempoh hari. Namun beliau turut memberi indikasi bahawa Nazirul dan Norhakim masih berpeluang diturunkan sekiranya berjaya pulih dalam masa 24 seterusnya.

Selain itu, Zac Anderson turut bakal terlepas dari beraksi malam esok, ekoran penggantungan satu perlawanan daripada kempen ACL pada tahun 2016, ketika beliau mewakili Sydney FC.

Berikut adalah ramalan kesebelasan pertama Perak yang bakal diturunkan oleh oleh Mehmet Durakovic esok:

 

KREDIT FOTO: Perak TBG

Comments