Kelayakan ACL 2019: Perak TBG FC vs Kitchee SC live stream, info dan maklumat terkini

Hafizuddin Omar Hafizuddin Omar

Tahun baharu membawakan musim baharu bola sepak Asia. Tepat sekali, Liga Juara-Juara AFC (AFC Champions League) telah kembali dengan perlawanan menarik dimana wakil Malaysia, Perak TBG bermain menentang wakil Hong Kong, Kitchee pada pusingan kedua.

Liga Juara-Juara AFC 2018 berakhir dengan Kashima Antlers menewaskan Persepolis dengan agregat 2-0. Wakil Jepun tersebut menajringkan kedua-dua gol pada perlawanan peratama, sebelum berjaya mengatasi serangan Persepolis pada perlawanan timbal balik; menjulang kejuaraan pertama. Kini, tugasan bermula, dimana Kashima Antlers akan menghadapi kembali pasukan-pasukan terbaik Asia untuk mempertahankan kejuaraan.

Jalan untuk ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara AFC 2019 bermula pada hari ini, dengan Perak TBG dan Kitchee bertemu dalam pusingan kelayakan kedua.

Perak TBG menamatkan saingan Liga Super Malaysia sebagai naib juara, seterusnya layak ke saingan Liga Juara-Juara AFC. Sementara itu, di Hong Kong, Kitchee SC berjaya menjulang kejuaraan liga dan layak ke pusingan kelayakan kedua.

Bila dan dimana untuk menonton perlawanan Liga Juara-Juara AFC:

Perlawanan pusingan kelayakan kedua di antara Perak TBG dan Kitchee SC akan mengambil tempatnya pada 12hb Februari, 9PM (waktu Singapura/Hong Kong). 

Setakat ini, tiada info mengenai siaran langsung perlawanan ini. Tetapi, anda boleh mengikuti perlawanan tersebut menerusi Live Blog kami di www.foxsports.com.my

Comments